Wednesday 16 November 2011

来学学手语- Mari Kita Belajar Gerakan Tangan Sambil Menyanyi


歌名:不要认为自己没有用


歌名:奉献


歌名:Baby - Justin Bieber

Refleksi tentang pengajaran persembahan Majlis Penyampaian Hadiah Tahun 5 dan Tahun 6
PENGENALAN
          Saya telah menjalankan pengajaran persembahan gerakan tangan. Kelas saya adalah kelas Tahun 5 dan Tahun 6 dan jumlah murid adalah 8 orang sahaja kerana sekolah saya merupakan sekolah kurang murid ( SKM ). Latihan dijalankan pada waktu petang ataupun waktu pengajaran Muzik.

KEKUATAN
Saya mendapati bahawa kekuatan saya adalah seorang berani menari dan memberi tunjuk ajar di depan murid-murid dan  bersabar serta kreatif untuk mengajar murid-murid saya menghafal gerakan tangan. Saya juga sanggup mengorbankan masa diri sendiri untuk mengajar murid-murid supaya boleh mempersembahkan gerakan tangan yang menarik pada Hari Penyampaian Hadiah.

KELEMAHAN
Walaupun begitu, saya mengetahui bahawa terdapat kelemahan dalam pengajaran saya ini iaitu murid tidak mendengar arahan saya apabila latihan diberi. Masalah lain yang saya hadapi ialah semasa saya meminta murid membuat gerakan tangan sambil bergoyang kaki , terdapat murid tidak mahu melakukan gerakan tersebut. Ini telah merosakkan keindahan sesebuah persembahan.


LANGKAH MENGATASI
          Untuk meningkatkan keberkesanan persembahan saya, Terdapat beberapa langkah mengatasi yang hendak dilakukan selepas saya menjalankan refleksi. Sepatutnya saya hendaklah memberi lebih banyak masa untuk memberi latihan persembahan tersebut. Selain itu, saya juga perlu menegur anak murid yang tidak mendengar arahan saya dan memberi sedikit hukuman yang sewajarnya kepada murid yang nakal. Jadinya, latihan persembahan akan dijalankan dengan lancar dan sempurna di Majlis Penyampaian Hadiah.








Muzik Box


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Have a nice day