RPH Matematik Tahun 1

 Rancangan Pelajaran Harian
Tarikh                                      : 13-5-2011 ( Jumaat )
Masa                                        : 10.30a.m – 11.30a.m (1 Jam)
Tahun                                      :1                                                                                
Bilangan Murid                       :5 orang
Tema                                       : Nombor Bulat Hingga 100
Standard kandungan               : 1.2 Menama dan menentukan nilai.
Standard Pembelajaran           : (i) Menamakan nombor hingga 100.
(ii) Menentukan nilai nombor hingga 100.
Hasil Pembelajaran                 : Murid-murid dapat
a)      Membilang objek dalam kumpulan.
b)       Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakil  kuantiti. 
c)      Membandingkan dua kumpulan objek untuk menentukan kumpulan lebih atau kurang satu hingga sembilan.
d)     Menamakan angka.
Kaedah Pembelajaran             :Pembelajaran koperatif, Pembelajaran Interaktif, Tunjuk
                                                 Cara,Penyelesaian Masalah.
Kemahiran Berfikir                 : 1) Membandingkan dan membezakan
  2) Menyelesaikan masalah
  3) Menghubungkait
Elemen Merentasi Kurikuium (EMK): Keusahawan, Teknologi maklumat dan komunikasi
Pentaksiran                                            : Lembaran Kerja
Nilai Murni                                            : Bekerjasama, berdisiplin, berani dan bertanggungjawab
Alat Bantu Mengajar                            : Power point, Bahan konkrit, gambar, kacang tanah, beg

Langkah
Kandungan
Catatan
    Set induksi 
     ( 5 minit)
a. Memaparkan gambar untuk menarik perhatian murid-murid dan meminta murid membilang bahan yang terdapat di dalam gambar.
b.  Guru membimbing murid membilang satu demi satu.
c.   Guru boleh memberikan contoh objek lain yang ada di dalam kelas untuk membilang.
d.      Murid-murid memerhatiakan power point
BBM :
Power point
Langkah 1
(25 minit)
a)    Guru memaparkan nombor dari 1 hingg100 dalam power point lalu membimbing murid-murid menyebutkan 1 hingga 100.
b) Guru menggalakkan murid menyebut nombor secara bersukalera.
c)  Guru menggalakkan murid-murid menyebut yang dipamerkan dalam power point.
d) Murid-murid diminta membilang lalu menyebutkan nombor dengan betul berpandukan gambar yang ditunjukkan dalam power point.
e)    Guru menerangkan cara mengira  objek dengan betul.
f)            Semua murid membilang objek.
g)    Guru menunjukkan dua keping gambar dalam power point.
h)           Guru meminta murid-murid memerhatikan gambar dengan teliti dan bezakan kurang atau lebih bahan tersebut.
BBM :
Power point
Langkah 2
( 15 minit)
a.    Guru membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan dan menerangkan peraturan permainan.
b. Guru memberikan kacang tanah kepada ketua kumpulan untuk membilang jumlah.
c. Kemudian, wakil kumpulan dikehendaki menyebut bilangan kacang tanah.
d.     Seterusnya, murid-murid diminta membuat perbandingan iaitu lebih atau kurang kacang tanah antara kumpulan.
BBM :
Kacang tanah
Beg

Nilai Murni :
Bekerjasama
Langkah 3
( 10 minit)
a.    Edarkan lembaran kerja.
b.      Murid membuat lembaran kerja.
c.       Bincangkan hasil kerja murid.
  •   Memberi pengukuhan kepada semua murid.
BBM :
Lembaran kerja

Nilai Murni :
Bekerjasama
Berdisiplin
Penutup
( 5 minit)
a. Guru menanyakan soalan kuiz melalui power point.
b.      Guru menanyakan apa yang dipelajari pada hari ini sebagai rumusan dan pengukuhan.
c. Murid-murid sebutkan nombor dan membilang bahan yang ditunjukkan.
d. Murid-murid membezakan bahan yang dipamerkan sama ada lebih atau kurang.
BBM:
Power point

Nilai Murni:
Berani
Matematik Tahun 1 Nombor Bulat Hingga 100


REFLEKSI

KEKUATAN
Saya telah menjalankan pengajaran Matematik terhadap murid-murid tahun 1. Pengajaran saya dijalankan dengan lancar kerana saya telah menggunakan power point yang menarik untuk menarik minat murid untuk menerusi pengajaran pada hari ini. Selain itu, saya telah membina kemahiran berfikir murid tahun 1 dan memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan berani bercuba terhadap murid saya.

KELEMAHAN
Kelemahan saya dalam pengajaran hari ini iaitu apabila menjalankan aktiviti kumpulan iaitu membilang kacang tanah mendapati murid yang nakal tidak mendengar arahan daripada saya. Ini telah mengganggu keberkesanan pengajaran saya pada hari ini. 

 LANGKAH MENGATASI
Langkah-langkah yang saya ambil untuk mengatasi masalah yang dihadapi dan menambahbaik keadaan pengajaran saya iaitu saya akan merancang rancangan harian dengan lebih sempurna dan berkualiti. Saya akan memberi teguran yang sewajar terhadap murid-murid yang nakal. Saya meminta tunjuk ajar daripada guru besar ataupun guru yang berpengalaman maka hasil pembelajaran akan tercapai dan teknik pengajaran saya akan berubah-ubah mengikut situasi kelas. Maka, saya berharap saya akan menjadi seorang guru yang kreatif dan berkesan di bilik darjah supaya murid saya berasa seronok belajar dan pada masa yang sama, mereka akan memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang baru dan berguna.


Muzik Box


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Have a nice day