Merentas Desa Tahun 2011




REFLEKSI

Saya merupakan guru lantikan dalaman GPK Kokurikulum di sekolah. Disebabkan pertukaran Guru Besar maka saya terpaksa melaksanakan Pertandingan Merentas Desa. Pertandingan tersebut merupakan program lepasan UPSR dan program RIMUP. Saya telah menjemput sekolah-sekolah lain yang berhampiran untuk menyertai pertandingan tersebut.
Sebelum ini surat jemputan dan kad jemputan adalah dibuat oleh Guru Besar. Setelah beliau menaik pangkat ke sekolah lain maka saya terpaksa membuat surat jemputan dan kad jemputan tersebut. Saya telah sedar bahawa jika hendak menjalankan suatu program di sekolah perlulah membuat perancangan awal dan persediaan awal. Kerjasama daripada rakan sejawat amat penting.
Saya berasa gembira kerana dapat melaksanakan Pertandingan Merentas Desa dengan baik. Ribuan terima kasih atas kerjasama daripada semua guru dan ahli jawatankuasa PIBG. Saya berharap pada tahun depan, saya akan melaksanakan Pertandingan tersebut lebih baik daripada sekarang.
 
           

0 comments:

Post a Comment

Muzik Box


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Have a nice day