Makropengajaran Bahasa Malaysia Tahun 1

Bahasa Malaysia Tahun 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh                          :  31-10-2011
Hari                             :  Isnin
Masa                           :  11.00 – 11.30 pagi
Tahun                          :  1
Bilangan Murid            :  5 orang
Matapelajaran             :  Bahasa Malaysia
Tema                           : Badan Sihat Otak Cerdas
Tajuk                           :  Unit 15 – Saya Bersih
Fokus Utama              : 1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap     
                                      sesuatu arahan secara lisan atau gerak laku dengan betul.
Fokus Sampingan       : 2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan 
                                     grafik dengan betul.
Objektif                       :  Pada akhir pengajaran, murid-murid akan dapat :
   1.     Menyebut sekurang-kurangnya 3 cara menjaga kebersihan
        diri.
   2.  Menyatakan sekurang-kurangnya 3 sebab menjaga kepentingan kebersihan diri.
EMK                               : Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Kaedah Pembelajaran   : Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Kooperatif dan  
                                         Pembelajaran Kontekstual.
Bahan Bantu Mengajar  : kad imbasan, lirik lagu, sikat, sabun, syampu, pemotong kuku,     
                                         Berus gigi, kertas mahjong, komputer, LCD, gambar, kad
                                         perkataan, radio dan CD.
Nilai                                :  Bertanggungjawab, Kebersihan, Bekerjasama dan Berdisiplin,   
KBKK                             :  Menghubungkaitkan
Pengetahuan Sedia ada  :  Murid-murid melakukan aktiviti membersihkan diri setiap hari.


Langkah
Kandungan
Catatan
Set induksi  
( 5 minit)
  1. Guru meminta murid menyanyikan lagu “ Bangun Pagi”.
  2. Guru mengajar murid menyanyi sambil berlakuan gerakan tangan.
  3. Guru mempamerkan tajuk pengajaran hari ini ialah unit 15 Saya Bersih.
BBM :
Lagu ’ Bangun Pagi’
Kad Imbasan
Kertas Mahjong
Langkah 1
(5 minit)
  1. Guru mempamerkan gambar budak bersih dan budak kotor.
  2. Guru menyoal soalan iaitu berdasarkan kedua-dua gambar ini, siapakah yang akan kamu pilih untuk menjadi kawan dan mengapakah kamu pilih budak itu?
  3. Guru menerangkan kepentingan menjaga kebersihan diri.
  4. Murid-murid memerhatikan gambar yang dipamerkan oleh guru.
  5. Murid-murid mendengar penjelasan cikgu dan memberi pendapat diri sendiri untuk menjawab soalan cikgu.
BBM :
Gambar Budak
Langkah 2    
( 9 minit)
  1. Guru meminta murid-murid menyatakan cara-cara menjaga kebersihan diri lalu memaparkan gambar-gambar, perkataan dan frasa dengan komputer. 
  2. Guru meminta murid-murid membaca perkataan dan frasa sambil melakukan gerak laku dengan betul.
  3. Guru menyuruh murid-murid menyebut alatan yang diperlukan semasa membersihkan diri. 
  4.  Murid-murid menyatakan cara-cara menjaga kebersihan diri dan murid-murid meneliti gambar-gambar, perkataan serta frasa yang dipaparkan oleh guru.
  5. Murid-murid melakukan gerak laku mengikut arahan guru.
BBM :
Sikat
Pemotong kuku
Berus gigi
Ubat gigi
Syampu
Sabun
Kad Imbasan
LCD
Komputer

Nilai Murni :
Kebersihan
Bertanggungjawab
Langkah 3
( 9 minit)
  1. Guru menerangkan peraturan permainan kepada murid-murid. 
  2. Guru memaparkan gambar-gambar tentang cara-cara menjaga kebersihan diri.
  3. Murid-murid mendengar arahan guru dan permainan pengedar kotak muzik bermula.
  4. Murid-murid bergilir-gilir keluar ke hadapan untuk menampalkan jawapan berpandukan gambar yang diberi.
  5. Guru berbincang jawapan dengan muri-murid.
BBM :
Radio
CD
Kotak
Kad perkataan

Nilai Murni :
Bekerjasama
Berdisiplin
Penutup
( 2 minit)
  1. Guru menyoal soalan untuk membuat pengukuhan. 
  2. Guru mengedarkan lembaran kerja dan member penerangan.
  3. Murid-murid mendengar penerangan guru dan menyiapkan lembaran kerja di rumah.
BBM :
Lembaran kerja

 Bahan Bantu Mengajar ( BBM )



Refleksi Tentang Makropengajaran Bahasa Malaysia Tahun 1

Refleksi Tentang Makropengajaran Bahasa Malaysia Tahun 1 
 
PENGENALAN
        Saya telah menjalankan makropengajaran yang bertajuk kebersihan diri dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia SJKC dengan menggunakan ABM yang pelbagai jenis iaitu carta, kad imbasan, computer, LCD, alatan kebersihan dan lagu bangun pagi. Kelas saya adalah kelas Tahun 1 dan jumlah murid adalah 5 orang sahaja kerana sekolah saya merupakan sekolah kurang murid ( SKM ). Makropengajaran ini dijalankan selama 30 minit.


KEKUATAN
Selepas saya menjalankan makropengajaran ini, saya mendapati bahawa kekuatan saya adalah seorang pandai dan berani berlakon di depan murid-murid dan dapat menarik perhatian murid-murid untuk bersama-sama dengan saya untuk belajar ilmu baru. Selain itu, saya juga mahir untuk menerapkan nilai murni yang bersesuaian dengan tajuk yang saya ajar. Nilai menjaga kebersihan diri dan persekitaran hendaklah dipupuk dari kecil supaya mereka menjaga kebersihan di semua tempat. Suara saya juga lantang dan jelas dapat didengar oleh murid-murid maka anak murid saya akan lebih memahami penerangan saya dari awal pengajaran sehingga tamat pengajaran. Selain itu, saya juga mahir menggunakan dan membina power point yang cantik untuk menarik perhatian murid-murid supaya suka belajar bahasa Malaysia.

KELEMAHAN
Selepas saya menjalankan pengajaran ini, saya mengetahui bahawa terdapat kelemahan dalam makropengajaran saya ini. Saya tidak menjangka masa yang tepat untuk menjalankan pengajaran menyebabkan saya awal 5 minit tamat pengajaran pada hari tersebut. Ini akan menyebabkan anak murid saya kurang belajar ilmu dan membazirkan masa mereka untuk terus belajar kemahiran ataupun ilmu pengetahuan baru. Masalah lain yang saya hadapi ialah semasa saya meminta murid menjawab soalan saya, murid-murid tidak dapat menjawab soalan saya mungkin kerana mereka tidak kebiasaan mendengar bahasa Malaysia sepanjang pengajaran saya punca ini berlaku kerana kebanyakkan saya mengajar bahasa Malaysia terlampau banyak menggunakan bahasa Cina menyebabkan murid-murid saya tidak dapat menguasai kemahiran mendengar bahasa Malaysia dengan baik. Saya akan mengubah kaedah pengajaran saya demi kebaikan anak murid saya.

LANGKAH MENGATASI
            Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya, terdapat beberapa langkah mengatasi yang hendak dilakukan selepas saya menjalankan refleksi. Sapatutnya saya hendaklah belajar mengambil masa yang tepat sepanjang pengajaran saya supaya tidak berlaku awal tamat pengajaran. Sekiranya berlaku masalah tersebut, saya mestilah kreatif untuk meneruskan pengajaran saya sehingga tamat masa pengajaran. Saya juga akan mencuba sedaya upaya untuk merangsangkan dan memotivasikan minat pembelajaran murid-murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya perlu memahami tingkah laku dan psikologi murid supaya lebih memahami anak murid saya dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan tahap mereka dan membantu mereka mencapai pengetahuan yang cemerlang.
            Saya juga akan berubah kaedah pengajaran saya dengan menggunakan bahasa Malaysia yang lebih banyak dan kurangkan menggunakan bahasa Cina apabila mengajar mata pelajaran bahasa Malaysia. Lama-kelamaan murid-murid mesti mahir dan menguasai kemahiran mendengar bahasa Malaysia dan prestasi murid-murid juga akan meningkat.

Muzik Box


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Have a nice day