RPH Sains Tahun 4

Rancangan Pengajaran Harian
Kelas                : Tahun 4
Bil. Murid        : 5 orang
Masa               : 1 jam
Tarikh              : 25-3-2011
Tema               : Menyiasat alam kehidupan
Tajuk               : Hidupan dan proses hidup
Sub Topik         : Cara tumbuhan membiak
HPU                 : Benda hidup menjalankan proses hidup.
HPK                  : Menerangkan pelbagai cara tumbuhan membiak.
KPS                  : 1. Memerhati
   2. Banding beza
                           3. Mengelas
                           4. Berkomunikasi
KMS                 : Mengendalikan spesimen hidup betul dan cermat
Pendekatan      : Pembelajaran Masteri
Kaedah /          : Perbincangan
Strategi          

Langkah
Aktiviti
Catatan
Set induksi
( 5 minit)
1.      Tunjuk gambar tumbuhan.
2.      Sesi soal jawap.
ABM
-     gambar tumbuhan
KPS
-               Memerhati
-               Komunikasi
Langkah 1
(10 minit)
1.    Murid menyatakan pendapat mereka.
KPS
-               Komunikasi
Langkah 2
( 15 minit)
1. Guru memaparkan slaid power point gambar-gambar tumbuhan.
2.   Guru menunjukkan bahan maujud seperti bawang dan kentang.
3. Guru menerangkan bahawa tumbuhan membiak untuk memastikan spesiesnya tidak pupus. Cara pembiakan tumbuhan seperti biji benih, spora, anak pokok, keratan batang, keratan daun dan umbisi.
KPS
-               Memerhati
-               Komunikasi
ABM
-               Power point
-               Bahan maujud
-               Bawang
-               Kentang

Langkah 3
Aktiviti Kumpulan
( 20 minit)
1. Guru membahagikan murid-murid kepada 7 kumpulan kecil.
2.  Murid diarahkan ke Taman Sains sekolah untuk mengenalpasti tumbuhan yang ada dan cara pembiakannya.
3.     Murid melakukan aktiviti mengenal tumbuhan dan mengelas mengikut cara tumbuhan membiak.
4.       Pembentangan jawapan setiap kumpukan.
ABM
- Tumbuhan di Taman Sains
KPS
-               Memerhati
-               Komunikasi
-               Mengelas
-               Banding beza
Penutup
( 10 minit)
1. Guru menyatakan cara pembiakan tumbuhan mengikut kelas pembiakan.
2.  Guru memberi murid-murid membuat lembaran kerja.
3. Guru mengarahkan setiap kumpulan menghasilkan satu buku skrap berdasarkan tumbuhan di sekitar rumah.
ABM
-          Lembaran Kerja
KPS
-               Memerhati
-               Komunikasi
-               Mengelas




REFLEKSI

KEKUATAN 
Antara kelebihan dan kekuatan yang dapat saya kesan dalam menjalankan pengajaran pada hari ini ialah suara yang lantang dapat menarik perhatian murid-murid dan memudahkan murid mendengar. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dapat menarik perhatian murid untuk mengikuti penyampaian isi pelajaran. Aktiviti kumpulan yang dijalankan di luar bilik darjah dapat meningkatkan kehendak murid-murid untuk belajar dan murid-murid tidak berasa bosan kerana selalu belajar di bilik darjah sahaja.
                  
KELEMAHAN
            Antara kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pengajaran ini ialah kekurangan saya menyediakan bahan maujud yang dapat memberi murid-murid melihat dan lebih memahami apa itu biji benih, spora, anak pokok, keratan batang, keratan daun dan umbisi. Selain itu, kekurangan aktiviti permainan kecil menyebabkan pengajaran pada hari ini kurang memuaskan, sekiranya menjalankan permainan kecil murid-murid mestilah lebih cepat mengingatkan hasil pembelajaran pada hari ini.

LANGKAH MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yang telah dikesan hendaklah ditangani supaya dapat meningkatkan kualiti pengajaran di bilik darjah. Untuk mengatasi masalah yang saya hadapi, saya perlu merancang aktiviti yang menarik dan bersesuaian dengan topik pengajaran pada hari tersebut seperti menambahkan aktiviti permainan kecil untuk meningkatkan minat murid untuk belajar dan menyediakan bahan bantu mengajar yang cukup supaya murid lebih memahami hasil pembelajaran pada hari ini. Jadinya, secara langsung dapat membantu saya mencapai objektif yang ingin disampaikan dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan lebih baik dan lancar.

Muzik Box


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Have a nice day