RPH Matematik Tahun 2

RPH baru








Matematik Tahun 2 - Ruang

REFLEKSI

KEKUATAN 
Antara kelebihan dan kekuatan yang dapat saya kesan dalam menjalankan pengajaran pada hari ini ialah saya telah dapat menarik minat murid untuk belajar kerana saya telah menggunakan kacamata 3D  untuk diberi peluang kepada murid-murid yang tidak pernah lihat dan guna kacamata 3D melihat gambar 3D. Saya telah meminta pertolongan daripada rakan baik saya iaitu cikgu Ong Ivy untuk membina Power point. Power point yang disediakan oleh cikgu Ong Ivy amat baik dan berkesan. Ianya dapat meningkatkan hasil pembelajaran murid-murid dan murid-murid lebih jelas dan mengetahui topik yang disampaikan pada hari tersebut. Murid-murid gembira sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di bilik Komputer.
            
KELEMAHAN
         Antara kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pengajaran ini ialah ketika menjalankan aktiviti murid iaitu membina bentuk 3D kebanyakan murid tidak dapat membuat bentuk 3D. Mungkin penjelasan saya kurang jelas maka menyebabkan murid tidak dapat menghasilkan bentuk 3D.

LANGKAH MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yang telah dikesan hendaklah ditangani supaya dapat meningkatkan kualiti pengajaran di bilik darjah. Untuk mengatasi masalah yang saya hadapi, apabila saya hendak menjalankan aktiviti membina bentuk 3D, saya perlu menunjuk cara-cara membina bentuk 3D kepada murid-murid dari mula sehingga tamat. Saya juga akan melantik seorang murid untuk menjadi  “Guru Kecil” di kelas. Murid tersebut dapat menolong saya untuk mengajar murid-murid yang kurang mahir untuk membina bentuk 3D. Saya juga akan meningkatkan kemahiran penggunaan ICT iaitu membina power point yang baik seperti Cikgu Ong Ivy supaya meningkatkan keberkesanan pengajaran saya di dalam kelas ataupun di luar kelas.


Muzik Box


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Have a nice day