Mikropengajaran Bahasa Malaysia Tahun 1


Refleksi Tentang Mikropengajaran – Set Induksi

PENGENALAN
          Saya telah menjalankan mikropengajaran yang bertajuk kebersihan diri dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan saya telah memilih langkah yang pertama iaitu set induksi sebagai mikropengajaran saya. Saya menggunakan kaedah menyanyi iaitu menyanyi lagu bangun pagi untuk menarik minat murid-murid. Kelas saya adalah kelas Tahun 1 dan jumlah murid adalah 5 orang sahaja kerana sekolah saya merupakan sekolah kurang murid ( SKM ). Mikropengajaran ini dijalankan selama 6 minit sahaja.

KEKUATAN
Selepas saya menjalankan mikropengajaran ini, saya mendapati bahawa kekuatan saya adalah seorang pandai dan berani berlakon di depan murid-murid dan dapat menarik perhatian murid-murid untuk bersama-sama dengan saya. Saya juga mengetahui suara saya lantang dan jelas jadinya anak murid saya dapat mendengar jelas arahan dan bimbingan daripada saya. Selain itu, saya juga mahir untuk menyediakan ABM yang cantik untuk menarik perhatian murid-murid supaya mereka suka belajar bahasa Malaysia.

KELEMAHAN
Selepas saya menjalankan pengajaran ini, saya mengetahui bahawa terdapat kelemahan dan kekurangan dalam mikropengajaran saya. Bahasa Malaysia saya kurang fasih dan mengganggu keberkesanan pengajaran pada hari ini. Apabila saya bercakap dengan murid-murid mempunyai kesalahan iaitu ayat “ beri tepukan satu ” sebenarnya adalah beri satu tepukan dan bercakap campuran bahasa Inggeris iaitu “ Sorry ” perlu diubah kepada “ minta maaf ”. Ini akan menjejaskan penguasaan anak murid saya dalam penggunaan bahasa Malaysia. Kelemahan yang terakhir iaitu saya salah nyanyi lagu ini adalah kesalahan yang besar kepada saya dan ini akan menjejaskan pengajaran saya pada hari tersebut dan ini mungkin membukti bahawa saya tidak membuat persediaan awal dengan baik. Murid lebih pandai menghafal lagu. Dengan adanya kesalahan saya, saya juga mengetahui murid-murid lebih minat menyanyi sambil belajar. Melalui rakaman video saya lebih memahami kesalahan saya dan kekurangan saya maka saya akan mengatasi kelemahan saya demi kebaikan anak murid saya.

LANGKAH MENGATASI
          Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya, terdapat beberapa langkah mengatasi yang hendak dilakukan selepas saya menjalankan refleksi. Sapatutnya saya hendaklah berlatih bercakap bahasa  Malaysia yang betul dan baik sebelum saya mengajar. Saya juga perlu membuat persediaan awal supaya tidak lagi melakukan kesilapan di hadapan murid-murid demi menjaga profesional diri. Saya juga boleh menyediakan CD lagu “Bangun Pagi” supaya tidak lagi melakukan kesilapan salah menyanyi lagu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua orang mesti akan melakukan kesilapan tetapi yang paling penting ialah mengatasi masalah diri dengan segera melalui kesilapan yang dilakukan. Dengan adanya langkah menangani masalah dan kelemahan saya, saya yakin akan menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang baik pada setiap pengajaran saya di bilik darjah ataupun di luar bilik darjah.

Muzik Box


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Have a nice day